Friday 30 December 2011

ⒶⒷⒸⒹⒺⒻ ⒼⒽ ⒾⓀ ⓁⓂⓃ ⓄⓅⓆ ⓇⓈⓉ ⓊⓋⓌⓍⓎⓏ
ⓐⓑⓒⓓⓔⓕⓖⓗ ⓘ
ⓚⓛⓜⓝ ⓞⓟⓠⓡⓢⓣ ⓤⓥⓦⓧⓨⓩ


 

Wednesday 28 December 2011

Pantun Ilmu


A, B. C, 1, 2 ,3 langkah pertama
Sekolah tempat mengumpul segala
Zaman remaja jangan di buang begitu saja
Kelak menyesal tiada gunanya
Ilmu di kejar di mana sahaja
Dunia berputar tidak menunggu sesiapa
Jangan membazir waktu yang ada
Gunakanlah dengan bijaksana
Pergi sekolah janganlah jemu
Menuntut ilmu untuk diri mu
Ilmu berguna sepanjang waktu
Buat bekalan hingga ke anak cucu
Jadikan membaca sebagai amalan
Setiap hari satu halaman
Lama-lama jadi kebiasaan
Tanpa buku hidup tidak keruan
Jangan jadi usia sebagai halangan
Menuntut ilmu sepanjang kehidupan
Ilmu di guna sebagai pedoman
Membina bahagia setiap insan
Menara ganding tempat berjumpa
Rakan dan kawan belajar bersama
Berkongsi ilmu janganlah lupa
Amalan baik buat semua
Dunia pekerjaan penuh pancaroba
Ilmu berguna penentu segala
Tindak tanduk budi bahasa
Datang dari ilmu yang berguna
Penuhi dada dengan ilmu
Iman juga amatlah perlu
Jalan beriring tak pernah jemu
Membuat kita bersyukur selalu
Dugaan dan cabaran rencah kehidupan
Ilmu di guna sebagai imbangan
Setiap perkara ada penyelesaian
Gunakanlah ilmu dalam setiap pencarian
Jangan di sia waktu muda
Tidak akan kembali walaupun di mana
Penuhkan ilmu dan iman di dada
Buat bekalan hidup di dunia dan akhirat juga
Ilmu di cari sepanjang masa
Tidak kira malam atau siang adanya
Amalan baik jangan di lupa
Kongsilah ilmu dengan semua
Akhirlah sudah pantun ilmu
Buat tatapan anak dan cucu
Semuga dapat di guna selalu
Ilmu yang berguna dari awal usiamu

Bibik dan Telefon


Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…
Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)
Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)
Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)
Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,
Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)